TOKYO...AYA SOFIA STORY
HELLO SAYANG...SORRY LAMA TAK CALL YOU.HOW ABOUT YOUR HOLIDAY?I DI SINI HAPPY BUT...IF YOU HAVE BEEN TOGETHER WITH ME,I WILL BE VERY HAPPY!I MISS YOU!STOP!
Begitu pesanan yang di terimanya.telefon bimbit jenama samsung yang berwarna biru metalik di lontar lembut ke atas sofa.Iliya melepaskan sedikit keluhan.tubuhnya yang sederhana dilontarkan ke atas tilam yang empuk.mata bundarnya memerhati siling.sunyi menggigit sekeping hati.kalaulah amru menurut cadangannya untuk bercuti ke kota paris,alangkah indahnya.ini tidak,kota kuno itu juga yang di pilihnya!
Tahun ini tahun dia dan Amru akan menamatkan kontrak bekerja di bandar metropolitan Tokyo.hampir merangkak tahun kelapan mereka di sini.tamat sahaja pengajian mereka mendapat peluang untuk bekerja.lagipun kota Tokyo ini bukanlah asing bagi Iliya.
"Hai,termenung jauh nampak.masih belum tidur?"sapaan Mizumi Mitsuko mengejutkan Iliya.
"You...kalau berangan mana nak sedar.I masuk ke...pencuri ke...maklumlah buah hati tak ada di sisi."Iliya melemparkan bantal kecil ke muka gadis yang berkulit cerah itu.belum pun sempat Mizumi membalas,telefon bimbit di dalam tas tangannya berbunyi.
"Kau bernasib baik kali ini."Iliya hanya tersengeh memandang gadis tinggi lampai itu.Mizumi,gadis Jepun yang dikenalinya lewat sesi pengajian mereka dulu amat rapat dengannya.Mizumi agak berlainan daripada gadis-gadis bumi sakura yang di kenalinya.Mizumi cukup sopan.Ya!walaupun dia tak memakai kimono,cara pemakaiannya amat tertib.dia gemar berskirt labuh atau memakai dress yang longgar.kekadang timbul juga rasa malu dalam diri Iliya yang lebih gemar berpakaian ringkas dan seksi.
Pernah dia melihat Mizumi berpuasa.bila disoal,katanya untuk kesihatan.gadis dari bidangperubatan ini suka mengaitkan kemajuan dalam bidang perubatan dan sains dengan unsur-unsur ketuhanan.katanya,mana mungkin setiap yang berlaku terjadi dengan sendirinya.
Perjalanan darah dalam pembuluh darah bisa terhenti atau barangkali tersekat-sekat andai tiada yang mengawasinya.bagi Iliya,setiap kali Mizumi membicarakan hal demikian,setiap kali itulah Iliya mencari topik lain untuk diutarakan.dia kurang berminat!baginya,dunianya adaalh dunia fesyen.menjelajah ke Tokyo dan negaranegara Eropah adalah peluang untuknya mengasah bakat dalam bidang design dan fesyen.
Mizumi masih berinteraksi dengan telefon bimbitnya.Iliya dapat menangkap butir percakapan Mizumi sekalipun dalam bahasa Jepun.sementelah bahasa itu sudah arif baginya sejak kecil.Iliya melangkah lesu turun dari katil.dia menapak malas ke jendela.tirai yang berwarna krim lembut diselak ke tepi.terpampang di matanya bandar Tokyo.memang indah pemandangannya terutama pada waktu malam.
Hatinya terasa berat untuk meninggalkan Tokyo.kalau tidak kerana papanya yang sakit memintanay pulang,pasti dia ingin berada di sini lagi.semenjak mama dan papanya berpisah,Iliya berada dalam situasi yang rusuh.mahu bersama mama di Asakusa atau papa di Malaysia.
Iliya melepaskan nafas dengan berat.seolah-olah ingin membuang kekalutan diri bersama nafas yang di lepaskan .pun begitu dia rasa sedikit terhibur dengan adanya Mizumi.Mizumilah yang beria-ia mahu membawanya menjelajah Tokyo.katanya,Iliya perlu melihat sekitar bandar Tokyo ini sebelum pulang bermastautin di Malaysia.pandangannya terus-terusan menerobos ke luar jendela,sedang hati melayang jauh ke Istanbul.
******************
Istanbul-Turki
bening matanya terpaku memandang keindahan yang terpamer di hadapannya.dengan berlatarbelakangkan awan yang membiru dan laut yang terbentang luas menjadikan Masjid Biru benar-benar unik sekali.apalagi struktur binaan yang tersendiri serta masih tersisa ornamen-ornamen Kristian,peninggalan kuno benar-benar menarik cinta arkitek muda ini pada aya sofea.pelawaan dari teman Turkinya untuk melawat Turki diterima dengan senang hati.lagipun,arkitek yang berdagu lekuk ini amat berminat dengan seni binaan dan lukisan.
"Unikkan?"lelaki berhidung mancung dan mempunyai sedikit jambang menapak perlahan ke arah Amru.Amru sekadar mengiakan.
"Kau tahu masjid ini dulunya sebuah gereja?"Amru mengerutkan dahinya.hampir sahaja keningnya yang lebat itu bertemu.bagai memahami kemusykilan yang ada di benak Amru,anak muda dari Istanbul itu menyambung bicara.
"Masjid Biru ini dulunya sebuah gereja Bizantium yang di bina oleh Raja Justinian pada akhir abad ke6 Masihi.Maha Suci Allah yang telah mengutuskan Muhammad maka diberi 'nusrah' kepada Muhammad al Fatih II untuk menakluk kota Kristian penting Kostantinopel sekaligus menukarkar kota ini sebagai Kota Agaam Islam Dunia".dia bagai bangga menceritakan sejarah negara Istanbul dulu.
"Dan nama aku ini juga di ambil bersempena nama panglima yang berjasa itu."secalit senyuman terukir di bibir.
"Kau lagaknya seperti ahli sejarah.tak rugi kalau ada orang yang menjadikan kau pemandu pelancong."Fatih hanya ketawa kecil.Amru berjalan mengekori belakang Fatih.
Ramai pelancong dari luar yang menjadi tamu di sini.Di satu sudut,seorang gadis persis Eropah tekun melukis sesuatu.barangkali dia seorang pelukis.teka Amru di benaknya.
Setelah mereka berada dalam beberapa meter sahaja dengan Masjid Biru,Amru mengambil kesempatan bergambar untuk mengabadikan kenangan bersama Masjid Biru Aya Sofea.
"Apa pernah kau dengar berkenaan Kamal Atartuk?"Tiba-tiba Fatih menyoal.Amru mengalihkan wajahnya ke arah Fatih.
"Eeerrrmmm...kalau tak silap aku,dia tu Bapa Kemodenan Turki.Benar?
"Sebetulnya begitu.Kamal Atartuk Bapa Kemodenan Turki sekaligus Bapa Kehancuran Khalifah Othmaniah."
"Maksud kau?"
"Semasa dinasti pemerintahannya.dia telah menukarkan nilai-nilai Islam yang ada di Turki kepada nilai-nilai barat.katanya,kita perlu berkinlatkan Eropah jika ingin maju.Masji Biru yang menjadi lambang kemegahan dunia Islam ditukar menjadi muzium.dan mereka cuba menghapuskan bahasa Arab di kalangan masyarakat Turki.caranya cukup jelas.azan di tukar kepada bahasa Turki,seolah-olah aliran Arab dan agama di arah supaya ditutup.dan Kamal Atartuk berjaya.Ya!dia berjaya menyungkurkan khalifah Islamiyah di kaki sekularisme."Gurisan sayu jelas tampak di iras wajah Fatih.
Amru diam terfikir.tidak di sangka Kamal Atartuk sebegitu.tidak seperti yang di pelajarinya dalam sejarah sekolah menengah dulu.apatah lagi mata pelajaran sejarah kurang diminatinya.kalau belajar hanya sekadar untuk masuk ujian.
"Kau pernah dengar tanay aku kenapa aku lebih berminat untuk membuka sekolah agama berbahasa arab daripada menguruskan perniagaan bapa akukan?Nah!sekarang kau tahu jawapannya.
Amru tidak mengangguk juga tidak menggelengkan kepalanya.kerusi rehat yang ada di sisi diduduki oleh Fatih.Amru turut melabuhkan punggungnya di sisi Fatih untuk melepaskan lelah.
"Kau tahu,aku punya cita-cita untuk menjadi seperti Muhammad al Fatih"
"Kalau Muhammad al Fatih menakluk Istanbul dengan kekuasaannya,aku akan menakluk Istanbul dengan pendekatan agama dan bahasa Arab.aku akan usaha agar warga bumi bekas Khalifah ini kembali pada suruhan Tuhan,sekaligus menyukai bahasa Arab yang selaam ini cuba dipisahkan daripada kami".
Amru masih mendiamkan diri.Fatih pada perkiraan Amru bukan calang-calang anak muda.Fatih cukup tinggi thaqafahnya dalam sejarah ketamadunan Islam.Fatih yang berkiblatkan ilmu agama dari bumi Kinanah itu cukup sensitif dengan isu-isu yang berkenaan nasib umat islam.lalu di hadapan mereka berdua kelihatan dua orang anak muda barangkali sepasang kekasih.
"kau tahu,bahasa Arab dan Islam bagai sepasang kekasihyangtakmungkin dapat di pisahkan.memahami bahasa arab bererti kita mampu memahami Islam dengan baik.bila kefahaman islam sempurna maka dengan izin Allah,bumi ini akan kembali bernaung di bawah payungan Islam."
kata-kaat yang di lontarkan dari bibir Fatih benar-benar memukul lembut telinga Amru.rasa kagum itu melekat di tangkal jiwanya.patutlah Fatih sanggup untuk melangkah jauh ke perlembahan Nil untuk menyambung pelajarannya sedangkan anak muda itu layak untuk menimba ilmu di negara Kanggaro (United Kingdom)dalam jurusan perniagaan.sedikit sebanyak Amru meraas kerdil di sisi Fatih.pemuda di sisinya ini sungguh tinggi semangat juangnya.Aku??!aduh!!!betapa lekanya menikmati hidup.bukan tak pernah mengalunkan ayat-ayat indah dari al-quran.bahakn ayahnya adaalh bekas seorang ustaz!ah..hidup di kota metropolitan benar-benar menghanyutkan dia dalam kejahilan diri.dia benar-benar alpa dengan tanggungjawab sebagai seorang muslim.solat yang dulunya terjaga satu persatu lucut daripaad diari hidupnya.kalaulah ayah dan ibu tahu alangkah sedihnya hati mereka.alangkah derhaaknya dia kepada Tuhan.
"Pap!"tepukan di bahu kirinya menyedarkan Amru ke dunia realiti."
"Sudah puas?ayuh kita kita pulang.hari sudah hampir malam."Fatih sudah mengatur langkah untuk pulang.sementara Amru masih memandang Masjid Biru yang sudah berlatarbelakangkan merah senja.di layar skrin matanya terpampang wajah yang amat menyentuh perasaan lelakinya.ada perasaan halus yang menyelinap hati.tiba-tiba Amru menjadi rindu pada Tokyo.
******************
MONZEN-NAKACHO
Jemari halus Iliya lincah membuka kertas bunga yang berwarna biru bercorakkan bunga tulip.hadiah pemberian Amru dari Istanbul diterimanya sebentar tadi.
"Wow!cantiknya cincin ini.tapi kenapa tak di letakkan didalam kotak baldu ni..?
"Ni....selendang dari Turki ke?Em...boleh tahan jugak.."Iliya asik membelek cincin permata yang sudah tersarung di jari manisnya.Amru hanya tersenyum memandang gelagat Iliya.gadis peranakan negara matahari terbit dan Malaysia ini telah lama mendapat tempat di hatinya.
"Sesuai benar cincin tu dengan jari you.i rasa kalau you sesuaikan dengan tudung turki lebih cantik lagi."
"I tak minatla.lagipun fesyen to tak up to date."
Amru tersenyum manis mendengar kata-kata Iliya.hidangan di hadapannya disantap sopan.akalnya ligat mencari idea.Amru tahu bukan mudah untuk melentur buluh yang sudah tua.Iliya gadis yang terdidik dengan kehidupan kota.di lahirkan di kota Tokyo.di besarkan di Amerika Syarikat.semenjak papa dan mamanya berpisah,Iliya lebih suka berada di tokyo bersama mamanya.Amru perlu berhikmah untuk menyampaikan kebenaran.semusim bersama Fatih,dia belajar untuk mengenal hakikat diri selaku hamba Allah.biar setinggi mana kedudukan manusia itu mereka tetap memijak bumi Allah.
Amru meletakkan sudu di sisi pinggan.mata helangnya memandang tajam Iliya.dia mengepung wajah Iliya dengan lensa mata 'brown' miliknya.seguris senyuman di tunjukkan pada Iliya.
"Kenapa you pandang I macamtu...you nak goda I ker?"
"Em...you tahu I sedang membayangkan keadaan you yang sedang berseluar short berbaju nipis di musim salji!"
"What?apa yang you mengarut ni!"Amru hanya ketawa.dia paling suka membuat Iliya marah.apa tidaknya,Iliya cukup comel ketika marah.matanya akan di bulatkan.bibirnya akan digigit sebelah.paling tidak,pipi gebunyaakan kemerah-merahan.cantik!
"Kalau you pakai macam ni di musim sejuk,tentu sejuk gila kan?"Iliya malas melayan percakapan Amru.tangannya lincah menyuap makanan ke mulut.
"Kalau waktu tu I berikan baju sejuk you pakai tak?"
"Tentulah pakai,dah sejuk."jawabnya berbasa-basi.
"Walaupun baju itu buruk?"
"Emm...dah sejuk,suka tak suka kena pakai jugakla..."hati Iliya semakin jengkel dengan pertanyaan Amru.
"Ha!macam tu jugak dengan tudung.you suka ke,tak suka ke,tapi bila Allah dah perintah kita mesti buat.kalau baju sejuk itu berupaya melindungi tubuh dari kesejukan,tudung itu adalah pelindung dan cerminan bagi wanita yang baik."
"Tut...tut..."Iliya tersentak.rancangan televisyen yang tersiar sedikit pun tidak menarik perhatiannya.sudah seminggu dia tidak bertemu mata dengan Amru.sejak kepulangan Amru dari kota Istanbul,mereka seolah-olah asing.Amru kini bukan Amru yang dulu.entah angin mana mengubah sikap Amru.apa yang di buat oleh ILiya ada saaj yang tak kena di mata Amru.deringan telefon berdering lagi.Iliya masih membeku di atas sofa.Mizumi menggeleng kepala melihat gelagat Iliya.sudah lebih dua minggu Iliya berkeadaan begitu.hari-hari asyik termenung.Mizumi meletakkan gagang telefon di cuping telinganya.
"Ya Allah!...Suhana!Iliya....Suhana..."
bersambung......#
Posted at 04:54 pm by
baiduri
Permalink
PEMBUNUH SEORANG MUSLIM
Seorang lelaki datang menemui nabi.Ia berkata,"saya melihat sosokmayat di Jahannamiyyah(nama sebuah tempat)
Nabi segera bangun lalu pergi menuju masjid Jahannamiyyah untuk berkumpul di dalam masjid.
"Siapakah pembunuh mayat ini?tanya Nabi.
"Kami tidak tau."jawab mereka.
Dengan nada menyalahkan,Nabi berkata,"sikap kalian sangat tercela.bagaimana ini boleh terjadi;seorang warga muslim terbunuh di antara kalian,sedangkan kalian tidak mengetahui siapa pembunuhnya?Demi Tuhan yang telah mengutusku sebagai Nabi,jika penduduk langit dan bumi ikut serta dalam pembunuhan seorang muslim dan rela atas perbuaatn itu,Tuhan akan measukkan mereka semua ke neraka."(man la yahdurul faqih)
MORALNYA:kita hendaklah saling mengambil tau akan hal saudara seislam kita dan saling bantu membantu antara satu sama lain.
Posted at 08:23 pm by
baiduri
Permalink
tiada harapan selain AR-RAHMAN...tiada qudwah selain NABI...tiada kata seindah AL-QURAN...tiada jalan selurus AS-SUNNAH...tiada perjuangan selain ISLAM...SALAM MUJAHADAH...
Posted at 05:56 pm by
baiduri
Permalink